my life

my life

Wednesday, September 16, 2020

Our 1st Hiking di taman tugu trail, KL

Actually saya baru tau pasal tempat hiking ni.. Nampak member pergi n tanya.. dia kata tempat ni xterlalu heavy n banyak landai.. so saya decide utk pegi bawa anak4.. husband pun on je asalkan tempat tu dapat keluarkan peluh.. hihi... kami bertolak kul 2.40petang n smpi sana ngam2 kul 3.00 petang. 

Kat sana ada guard jaga.. walaupun tempat ni free tp kemudahan semua terjaga.. toilet sangat bersih dan cantik.. tempat berkelah pun disediakan.. kebetulan masa datang ni org xramai so mmng seronok la anak2 sbb dapat main buaian tanpa perlu tunggu.. dalam ni ada 24 laluan track.. anggaran dlm 3KM.. kami cuma skip 1 track je sbb anak dah xlarat.. dari track 22 terus ke 24.. mula kul 3ptg, abis hiking kul 4.45petang(sebab banyak kali main buai..hahahaha). lepas keluar tu boleh santai2 berpicnic kat meja yg disediakan..

Keadaan dalam tempat hiking ni ok.. banyak tanah landai dan ada je kerusi utk berehat.. ada laluan bertangga dan berbukit jugak.. sepanjang jalan dlm ni, buaian ada disediakan di beberapa track.. toilet je xde kat dalam tu so sblm masuk, pergi toilet dulu ya.. hihi.. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Anak-anak pun xbanyak ragam sgt.

InsyaAllah ada rezeki nak pegi lagi bawa anak2.. banyak jgk kalori burn masa hiking ni.. 

untuk bayaran pulak, masuk dlm ni FREE dan parking pun FREE.. berbaloiiii sgtttt g sini. makanan je kalau boleh bawa makanan sendiri sbb masa saya pegi tu, xde org jual makanan.. ada air je..









Thursday, March 12, 2020

Kepentingan Exhaust/Ventilation Fan


Pernahkah bilik air anda terasa berbahang selepas anda mandi? Ataupun bilik tidur anda terasa 'kepam'? Ini menunjukkan bilik air dan bilik tidur anda tidak mempunyai peredaran udara yang baik. Jadi, bagaimanakah untuk mendapatkan peredaran udara yang baik? Salah satu cara adalah dengan membuka tingkap. Tapi, ada ke tingkap dalam bilik air? Tak kan nk buka tingkap 24 jam kt bilik tidur anda pula.

Maka, penyelesaiannya adalah dengan memasang exhaust fanExhaust fan adalah alat mekanikal yang menarik udara keluar (kadangkala dikenali sebagai ventilating fan). Terdapat beberapa jenis exhaust fan yang terdapat di pasaran yang sesuai dipasang di rumah:
  1. jenis siling
  2. jenis dinding
Terdapat satu lagi jenis exhaust fan iaitu jenis sesalur tetapi ia tidak sesuai dipasang di rumah. Ia biasanya dipasang di premis2 besar seperti hospital, gudang, workshop dll. Exhaust fan jenis siling amat sesuai dipasang di bilik air atau bilik tidur manakala exhaust fan jenis dinding biasanya dipasang di ruang yang terbuka seperti dapur. Pemasangan exhaust fan jenis siling agak mudah manakala jenis dinding kadangkala memerlukan kerja memecah dinding.

Keupayaan exhaust fan biasanya diukur dalam unit CFM (Cubic Feet per Minutes) manakala kadar peredaran udara sesuatu ruang/bilik diukur dalam unit ACH (Air Changes per Hour)

CFM (Cubic Feet per Minutes)
Isipadu udara yang disedut oleh exhaust fan dalam masa 1 minit. Nilai CFM boleh diperolehi daripada manual exhaust fan.

ACH (Air Changes per Hour)
Nisbah isipada udara yang disedut oleh exhaust fan dengan isipadu bilik/ruang. Isipadu bilik adalah hasil darab panjang, lebar dan tinggi (hingga siling) sesuatu ruang/bilik. Isipadu bilik diukur dalam unit kaki (feet) Formula untuk mengira ACH adalah:
Maka nilai CFM yang diperlukan untuk sesebuah bilik adalah
Mengikut piawaian Home Ventilating Institute (HVI), nilai ACH yang minimum adalah:
  • 8 ACH untuk bilik air
  • 15 ACH untuk dapur
  • ACH untuk bilik selain bilik air dan dapur (seperti bilik tidur dan stor)
Contoh pengiraan:
Sebuah bilik air berukuran 8 x 9 x 12 kaki dan memerlukan sekurang-kurangnya 8 ACH.
Kemudian, dapatkan exhaust fan yang berkapasiti sekurang-kurangnya 115.2 CFM

Faedah lain pemasangan exhaust fan adalah:
  • memperbaiki peredaran udara
  • mengurangkan kelembapan udara yang boleh memberi kesan pada dinding dan perabot
  • menghalang pertumbuhan kulat, spora yang boleh menggangu kesihatan
  • menyahkan bau, haba, debu dan asap
Sekiranya anda hendak membuat pendawaian elektrik pada rumah baru anda, pertimbangkan pemasangan exhaust fan pada bilik air dan bilik tidur. Adalah dicadangkan anda membeli exhaust fan jenama terkenal seperi Panasonic dan KDK kerana jaminan kualitinya. Walaupun agak mahal tetapi jenama ini lebih tahan lama berbanding jenama lain (boleh tahan sehingga 10 tahun mengikut pengalaman penulis).

Panduan cara pemasangan exhaust fan ditunjukkan di gambarajah di bawah.

Link untuk meninjau exhaust fan jenama Panasonic atau KDK:

#copypaste
#SUMBER DARI BLOG ZON 152