my life

my life

Wednesday, June 8, 2016

Proses Pembelian Rumah Second Hand (3rd party house)

Assalamualaikum..

Kali ni saya nk share pasal perkara-perkara yang saya lalui sepanjang nak membeli rumah second hand ni. Actually sebenarnya banyak rumah dh saya apply tapi loan xlepas. Siap pernah ditipu desposit lg. Entry pasal saya kena tipu ni boleh refer SINI.

Sebelum ni saya pernah beli rumah di Vista Lavender, Taman Kinrara, Puchong. Saya jual rumah tu sebab mcm2 masalah + rumah apartment agak susah sedara mara nk datang umah. Dengan parking yang limited. Saya dapat jual rumah tu dengan keuntungan yang agak banyak.. Alhamdulillah dari duit tu saya dapat beli satu lot tanah di Jenjarom dan rumah single storey di Taman Mawar, Puchong. Saya dapat beli dengan harga yang rendah compare dgn rumah lain di sekitarnya. Market masa tu atas RM 300k.. Syukur Alhamdulillah rezeki anak-anak saya. Rumah ni biasa je. Tak besar sgt tp selesa untuk kami sekeluarga tinggal. bukaan 20"x 55".. okla tu kan? hihi

Cerita pasal process beli rumah ni, saya beli melalui agent.. Biasa agent akan minta 3% daripada harga rumah if kita nk book rumah tu sebelum org lain sambar. lepas dari tu kita kena apply loan dalam tempoh 14 hingga 21 hari bekerja. Loan husbnd saya memang dh lulus sebelum ni.. sebelum kami dapat rumah ni, kami booking utk beli Condo di Damansara Damai.. tapi disebabkan Condo tu xdpt hak milik strata even dah lebih 5 tahun usianya, Bank tak boleh nak approved loan. Saya kena cari rumah lain untuk loan yg dh lulus tu. Condo ni adalah rumah ke 4 kami booking untuk beli rumah. lepas percubaan kali ke 4 ni la baru Loan atas nama husband DILULUSKAN. harga Condo masa tu RM 410k.. Lepas Bank call cakap xdpt nk approved rumah tu, saya terus tanya if rumah lain boleh lulus x? Dia kata side saya xde masalah. Saya boleh cari rumah lain guna loan yg dia dh approved tu. xkisah rumah tu brape harga janji samada RM410k atau kurang dari tu.

Saya terus search dalam mudah.my. Alhamdulillah dh rezeki saya, saya jmpa rumah di Taman Mawar, Puchong ni dengan harga RM 285k. Jauh lebih murah so xyah pening2 nk bayar banyak2. Saya dtg view rumah dan masa tu ada 2 org lagi tgah view rumah tu. Masa tu saya just fikir nk rumah bawah je.. xkisah la besar mana pun.. Aritu juga saya terus bayar deposit untuk rumah tu dan call banker bahawa saya dh jmpa rumah yg saya nk beli. saya beri no telefon agent tu kepada banker untuk agent tu beri booking form rumah ni.

Proses pembelian rumah ni ambil masa tak sampai 3 bulan sebab owner ni dh abis bayar loan dan loan saya pun memang dh diluluskan. klu x memang amik masa 4-6 bulan juga. Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Proses pertama sign S&P. Saya dan suami ke pejabat Lawyer di Khor & Faridah Associate untuk sign aggrement antara kami dengan Owner rumah tu. kami decide nk guna nama husband je sebab saya pernah beli rumah sblm ni. klu x, kami xdpt pengecualian 50% Memorandum of Transfer (MOT). Banyak tu beza.. hihi

Proses Kedua kami ke Pejabat CIMB Bank (bank panel kami) untuk Loan sign aggrement. Setiap page yg tebal-tebal tu nk kena sign. Masak!! lenguh2 tangan encik husbnd.. hahahhaa

Process Ketiga Lawyer kami proceed dengan kelulusan Pejabat Tanah dan hantar S&P yang dh disign oleh Owner ke Lawyer Bank iaitu Y.C Phang & Gordon Associate.

Process Keempat kami ke Pejabat Y.C Phang & Gordon Associate untuk sign Aggrement kami dengan Bank pula.

Process Kelima lepas Pejabat tanah dh luluskan, Lawyer kami hantar surat Debursement kepada Bank. Masa ni kena tunggu Bank bayar kepada Owner. kami amik masa hampir 2 minggu juga.

Process Keenam Bank dah bayar kepada Owner dan Lawyer kami Call untuk ambil kunci rumah.

Me??? HAPPY!!!!!!!!!!!!!! hahahhahahaha

Next entry, pasal rumah baru kami.. tunggu!!!!!!!!!! sat lagi je.. hihi











3 comments:

  1. tahniah Puan. Saya teringin gak nak berli rumah landed tapi memandangkan landed mahal di tengah bandar KL dan apartmnet lak dekat tempat kerja. terpaksa amik apatment.huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg harga rumah tgah murah.. ramai jual bawah market value.. InsyaAllah.. saya doakan encik sekeluarga dpt beli beli rumah landed satu hari nnti.. Aminnn

      Delete
  2. masalah apa yer kat vista lavender??

    ReplyDelete