my life

my life

Thursday, June 17, 2021

Psikologi Perkembangan : Teori Pavlov (Pelaziman Klasik)

Teori Pavlov (Pelaziman Klasik)

Nama penuh beliau ialah Ivan Petrovich Pavlov. Beliau lahir pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Beliau meniggal dunia pada 27 Februari 1936 di Leningrad. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Seminari Teologi seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti St. Petersburg dalam bidang kimia dan fisiologi. Pavlov mendapat gelaran doktor pada tahun 1879. Beliau dianugerahkan hadiah “Nobel” dalam bidang Psysiology or Medicine kajian “Proses Penghadaman” pada tahun 1904.

Pavlov telah mengemukakan dua hukum iaitu menurut beliau proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas.  Rangsangan merupakan agen persekitaran yang menimbulkan gerak balas manakala  gerak balas pula ialah tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.
Menurut kajian Pavlov, beliau mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisma. Kajian beliau adalah berasaskan pada “hukum perkaitan” yang diutarakan oleh ahli falsafah Yunani awal iaitu Aristotle. Beliau mengemukakan bahawa, “sesuatu organisma akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisma berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan”.


Pavlov telah menjalankan eksperimen terhadap anjing. Apabila anjing diberikan makanan iaitu Ransangan Tidak Terlazim (RTT ) maka secara refleks anjing akan mengeluarkan air liur iaitu Gerakbalas Tidak Terlazim (GTT ). Seterusnya, jika loceng dibunyikan iaitu Ransangan neutral (RN) maka anjing tidak memberi respon atau mengeluarkan air liur. Dalam eksperimen ini anjing diberikan makanan iaitu Ransangan Tidak Terlazim (RTT) setelah mendengar bunyi loceng iaitu Ransangan Terlazim (RT) dimana terlebih dahulu, anjing akan mengeluarkan air liur akibat pemberian makanan. Setelah perlakuan ini dilakukan secara berulang-ulang, maka ketika anjing mendengar bunyi loceng iaitu Ransangan Terlazim (RT) tanpa diberikan makanan, secara automatik anjing akan memberikan respon berupa keluarnya air liur dari mulutnya iaitu Gerakbalas Terlazim (GT).


KESIMPULAN TEORI IVAN PAVLOV (TEORI BEHAVIORISME)

– Pembelajaran yang dikaitkan dengan rangsangan dan tindak balas (pelaziman). 
– Pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan (pelaziman klasik) 
- Tingkah laku yang dihasilkan daripada gerak balas terhadap rangsangan yang diterima ( pelaziman klasik )


CONTOH : 
Murid-murid terdengar loceng sekolah, mereka bergegas ke bilik darjah untuk mula belajar. 
Loceng = rangsangan 
Tingkah laku murid-murid = tindak balas

Dalam teori pelaziman klasik yang dipelopori oleh Ivan Pavlov ini, terdapat beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan oleh beliau. Konsep tersebut adalah:-

i)                    Generalisasi
ii)                   Diskriminasi
iii)                 Penghapusan
iv)                 Pembelajaran semula


Generalisasi
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan memberikan tindak balas yang sama. Sebagai contoh, Ali akan menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga risau satiap kali ujian biologi dijalankan kerana kedua subjek tersebut mempunyai perkaitan. Jadi kerisauan dalam subjek kimia telah digeneralisasikan kepada satu subjek lain iaitu biologi. 

Contoh yang boleh dikaitkan mengenai konsep generalisasi ini dengan bidang pendidikan khas adalah, sekiranya murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang suka memukul rakan dengan cara menumbuk rakannya. Dia juga akan suka mencubit kerana mencubit dan menumbuk adalah perbuatan yang sama iaitu memukul atau membuli. Perbuatan membuli atau memukul rakan ini dapat memberi keseronokan kepada murid ADHD



Diskriminasi
Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindk balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.

Contoh yang boleh dikaitkan dengan pendidikan khas adalah seperti murid Autisme yang hanya suka dan tertarik kepada satu benda atau barang sahaja. Murid ini akan marah sekiranya barang atau benda tersebut diambil daripadanya. Murid ini juga akan menolak jika ditawarkan barang atau benda lain. Hal ini bermakna, barang kesukaannya itu merupakan rangsangan. Murid Autisme hanya tertarik kepada satu rangsangan sahaja dan tidak kepada rangsangan yang lain.



Penghapusan
Penghapusan terjadi kerana kekerapan penghasilan sesuatu gerak balas beransur-ansur berkurangan apabila tingkah laku (gerak balas) tidak lagi diikuti dengan peneguhan = gerak balas terlazim menjadi kurang kerap dan perkaitan antara rangsangan terlazim dan tak terlazim lemah dan akhirnya tingkah laku tertentu terhapus. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan dengan ransangan tidak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus. 
Contoh : Murid A malas melakukan kerja rumahnya oleh kerana guru tidak lagi memberikan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menyiapkan kerja rumahnya.

Contoh lain adalah ada dua orang anak kecil laki-laki dan perempuan yang biasa bermain bersama. Pada saat mereka menginjak dewasa, menjadi seorang gadis dan pemuda, tiba-tiba tumbuh perasaan cinta pada diri pemuda kepada gadis tersebut, tetapi tidak demikian dengan sang gadis. Pada saat pemuda teman sejak kecilnya itu menyatakan cintanya, gadis tersebut menolak dengan alasan perasaan kepada pemuda itu hanya sebatas teman. Namun, karena pemuda itu sangat mencintai sang gadis, dengan menggunakan berbagai cara yang dapat membahagaikan, ia berusaha untuk mengambil hati gadis itu agar menerima cintanya. Misalnya, dengan selalu memberikan perhatian, memberikan segala yang disukai oleh gadis itu, dan lain sebagainya. Ketika perhatian dan kebaikannya kepada gadis tersebut dilakukan berulang-ulang maka pada suatu saat hati sang gadis menjadi luluh dan akhirnya menerima cinta pemuda tersebut.



Penguasaan atau Pembelajaran Semula
Penguasaan atau bagaimana sesuatu organisma belajar sesuatu gerak balas atau respon baru berlaku secara berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma itu mencuba, semakin kukuh penguasaan berkenaan.


KESIMPULANNYA : Penggunaan teori yang dikemukan oleh Pavlov boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah kerana rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan dengan pengukuhan membuat latihan (lembaran kerja)


IMPLIKASI TERHADAP P&P
a)      Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.
b)      Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta merta juga dapat membantu seorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran. 


sumber: internet

Pengalaman hiking di Bukit Gasing PJ dengan anak kecik 4 org

Kali ni saya nak cerita pengalaman hiking di Bukit Gasing PJ dengan anak kecik 4 org.. 



Penat tp seronok.. Alhamdulillah anak2 enjoy dan x banyak ragam.. kali ni 3 jam setengah kami dlm hutan.. trek pun agak mencabar dr sblm ni.. lepas 1 jam lebih jalan, jmpa anak sungai dan kami santai2 kat situ sblm smpi kat jambatan besi.. izzara pun xnangis.. yg lain semua follow je walaupun penat😂😂 lain kali kami ke jambatan gantung sbb xjmpa laluan td😅


skrg banyak aktiviti lasak yg kami buat utk anak2.. Anak2 bandar, kita bagi kenal hutan dan alam semulajadi.. syukur kat KL ni masih ada tempat semulajadi utk pegi.. 


Alhamdulillah iffah dh mula berani.. sblm ni takut semua binatang even semut😆.. irdina yang agak sihat tu pun x komplen atau minta nak balik.. tetap teruskan jgk smpi abis.. ihsan mmng sedia cergas dan aktif😆..


Untuk bawa anak kecik g hiking ni, saya syorkan anda kena kuat mental n fizikal.. yg paling penting sabar🤣.. dan lagi satu, suami pun support n minat jgk.. mudah nak kawal anak.. ape yang penting, KERJASAMA🥰.. persediaan awal pun penting.. sblm hiking, bawa g toilet siap2 walaupun dorg ckp xnak buang air.. paksa jgk🤣🤣 mana nak cari tandas dlm hutan oiii.. hahhahaha.. makanan n air mineral kena bawa secukupnya.. klu tempat jauh, bawa la 3-4 liter..


Sekian pengalaman saya berhiking dgn anak2 kecik yg ramai😂😂


Tq hubby syg for your time♥️