Saya buat perjanjian sewa untuk kedai ayah.. Saya terpaksa buat mcm tu sebab loan atas nama saya. dengan gaji yg xberape besar, saya dikira high-komitmen. ini contoh perjanjian Kedai ayah saya tu. saya ambil dr satu blog ni. lupa dh nama blog tu sebab dh lama amik.. edit sikit2 je.. kalau buat perjanjian rumah, korang boleh tukar kepada Perjanjian Sewa Rumah / Kediaman. Mana yang patut tukar tu, korg tukar la. Ok? ini contoh penuh aggrement tu. boleh copy paste masuk dalam word. good luck korg.. Moga bermanfaat kepada semua.. TQ
PERJANJIAN PENYEWAAN KEDAI UNTUK
PERNIAGAAN
ALAMAT
KEDAI SEWA:
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
DIANTARA
Tuan Kedai 1
Tuan Kedai 2 (Jika ada Penama Kedua)
(TUAN
KEDAI)
DAN
________________________________________
________________________________________
(PENYEWA)
PADA
____________________
(Tarikh
Perjanjian)
PERJANJIAN PENYEWAAN KEDAI
UNTUK PERNIAGAAN
PERJANJIAN ini di buat pada 01
JUN 2015 sehingga 30 JUN 2017 selama
Dua(2) tahun di hendaklah memperbarui satu bulan(1) dari
tarikh tamat tempoh perjanjian.
Diantara (Nama Tuan Kedai 1 dan Tuan Kedai 2) yang
beralamat di (Alamat Penyewa)__________ (selepas ini disebut sebagai "Tuan Kedai") sebagai
satu pihak dan (Nama Penyewa )__________________________________________________________________
Beralamat (alamat penyewa)_______________ Kad Pengenalan (IC Penyewa)__________ (selepas
ini disebut sebagai "Penyewa" yang mana sebutan di dalam isi
kandungan yang di maksudkan meliputi hak pentadbiran harta penyewa, waris dan
orang yang mempunyai hak mentadbir harta pusaka Penyewa) sebagai pihak satu
lagi.
BAHAWASANYA
A. Tuan Kedai adalah
pemilik sah dan berdaftar bagi kedai di alamat di bawah dan Tuan Kedai
bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju menyewa dari Tuan
Kedai untuk seluruh ruang Kedai di alamat
_________________________________________
_________________________________________
(selepas itu di sebut sebagai
"Kedai tersebut") serta menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang
diadakan.
B. Penyewa
bersetuju membayar kepada Tuan Kedai sewa bulanan sebanyak Ringgit Malaysia enam
ribu sahaja________ (RM 6000.00) sebulan hendaklah di bayar
sebelum tarikh 10hb tiap-tiap bulan.
C.
Penyewa bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani Perjanjian ini
sebanyak Ringgit Malaysia Dua Belas ribu sahaja (RM 12,000.00.) sebagai bayaran 2 (dua)
bulan cagaran/deposit dan bayaran sewa bulan pertama serta sebanyak Ringgit Malaysia satu
ribu (RM 1000.00) bagi bayaran air dan api sebagai pendahuluan untuk
memenuhi syarat-syarat yang terkandung didalam perjanjian ini.
D. Penyewa ialah penama
berdaftar dalam borang Maklumat Penyewa Kedai.
MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN
TUAN KEDAI SEPERTI BERIKUT:
1. Membayar sewa
pendahuluan pada hari seperti mana diTETAPKAN.
2. Bertanggungjawab
membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang dikenakan pada Kedai
tersebut semasa penyewaan ini berjalan.
3. Penyewa
bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk membayar bayaran sewa
dan bayaran perenggan (2).
4. Tidak menggunakan
dan/atau membenarkan Kedai tersebut dan/atau sebahagian daripada Kedai tersebut
digunakan untuk apa pun jenis perniagaan yang melanggar undang-undag atau
urusan jenis perniagaan yang telah dipersetujukan tanpa kebenaran bertulis dari
Tuan Kedai.
5. Tidak menyewakan atau
menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang kedai
tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan
Kedai dan sekiranya penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka
Tuan Kedai berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam
surat perjanjian ini.
6. Tidak membenarkan dan
/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada
di bahagian luar atau bahagian dalam Kedai tersebut walau dengan apa cara sekali
pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Kedai.
7. Tidak akan meletak
dan/atau menyimpan didalam Kedai apa jua bahan yang melanggar undang-undang
kerajaan dan/atau bahan yang mudah meletup dan/atau yang mudah sangat terbakar
kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran dari
pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Kedai.
8. Menjaga kebersihan
seluruh luar dan dalam bangunan Kedai tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan
Kedai.
9. Menjaga dan
mempastikan keadaan di dalam Kedai tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini
supaya sentiasa berada didalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa
sama ada kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam
dikecualikan).
10. Tidak melakukan dan/atau
membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku
atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Kedai tersebut yang
mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang
penduduk di kawasan tersebut.
11. Membenarkan Tuan Kedai atau
wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada
bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Kedai tersebut untuk membuat
pemeriksaan atau pembaikkan kepada rumah tersebut yang mana Tuan Kedai
menganggap adalah mustahak.
12. Bertanggungjawab membaiki
sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang
diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan,
longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada
Tuan Kedai semua perbelanjaan-perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki
kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa.
13. Menyerahkan kembali Kedai
tersebut dengan keadaan baik, bersih dan aman kepada Tuan Kedai apabila
perjanjian penyewaan ini ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung
dalam dalam perjanjian.
TANGGUNGJAWAB TUAN KEDAI
1. Akan membayar ,
Cukai Tanah, , yang dikenakan ke atas Kedai tersebut.
2. Membaiki sebarang
kerosakan besar yang menimpa ke atas Kedai tersebut yang mana ianya bukan di
sebabkan oleh kelalaian dan juga memperbaiki apa-apa kerosakan biasa yang
disebabkan oleh "Fair Wear dan Tear" dan Tuan Kedai bertanggungjawab
bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas kedai tersebut
di sepanjang tempoh penyewaan ini.
3. Tuan Kedai akan
mengembalikan wang cagaran kepada penyewa pada hari penghujung penyewaan ini
tertakluk kepada syarat-syarat dimana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan
Kedai bagi menjelaskan sewa kedai yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan
memperbaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau
cuai atau lalai pihak penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang
bayaran yang dikenakan ke atas penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung
dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang di tanggung oleh tuan kedai
untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini
ditandatangani.
4. Mempastikan langkah-langkah
keselamatan kedai telah dibuat sebelum Penyewa mendiami Kedai seperti
pemasangan pintu berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian kedai dan
bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.
PERSETUJUAN TUAN KEDAI DAN PENYEWA
1. Tuan Kedai hendaklah
menyerah kunci kedai kepada penyewa selepas penyewa membayar wang cagaran
melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.
2. Sekiranya Perjanjian
ditamatkan oleh Tuan Kedai atau Penyewa, adalah menjadi tanggunjawab penyewa
untuk menyerahkan kunci rumah kepada Tuan Kedai atau wakilnya dengan segera.
3. Sekiranya sewa
bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya maka penyewa
bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan
Tuan Kedai.
4. Tuan Kedai berhak
untuk menamatkan penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau bila mana
Tuan Kedai berkehendakkan semula Kedai tersebut bagi apa-apa tujuan dengan
mengemukakan tidak kurang dari satu bulan (1) notis kepada penyewa.
5. Penyewa berhak
menamatkan penyewaan dengan memberi notis tidak kurang dari satu (1) bulan
kepada Tuan Kedai.
6. Penamatan oleh
Penyewa tidak akan melepaskan penyewa dari membayar kepada Tuan Kedai apa-apa
bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.
7. Sebarang pertikaian
diantara Tuan Kedai dan Penyewa mengenai Penyewaan Rumah tersebut hendaklah
diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai
hendaklah diselesaikan melalui Timbangtara.
PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DIATAS pihak-pihak
yang tersebut dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka
pada haribulan dan tahun yang tersebut di atas.
………………………………………...
|
|
………………………………………..
|
Tuan Kedai
Nama:
Kad Pengenalan:
Tarikh:
Dan
………………………….
Tuan Kedai
Nama:
Kad Pengenalan:
Tarikh:
|
|
Penyewa
Nama:
Kad Pengenalan:
Tarikh:
……………………………
Penyewa
Nama:
Kad Pengenalan:
Tarikh:
|
………………………………………...
|
|
………………………………………...
|
Saksi
Nama:
Kad Pengenalan:
Tarikh:
|
|
Saksi
Nama:
Kad Pengenalan:
Tarikh:
|