my life

my life

Tuesday, April 15, 2014

2nd Day with ATKINS

Pagi tadi kul 4.30pagi dh bangun untuk siapkan makanan ATKINS saya ni.. hihi.. (konon2 rajin ler kan? xtau la smpi bila leh bertahan.. hahahha) 

Malam smlm saya dh buat rempah2 untuk perap ayam tu supaya rasa dia tu umppphhh!! pagi tu just buka freeze & bakar ayam & ikan tu.. saya x timbang berat lg.. nk tunggu result seminggu.. hihi...

Inilah bekalan yg saya bawa ke ofis..
(2 biji telur + timun + tomato)

(ikan bakar , ayam bakar & pencicah asam)

Fasa Pertama - ATKINS

FASA PERTAMA

Fasa Pertama ini dikenali sebagai Induksi. Ia merupakan penurunan berat badan yang paling ketara dimana kita boleh kehilangan berat badan sehingga hampir 7kg dlm masa dua minggu.. itu pun depends on orang la coz ada yang berat xturun banyak tp inchloss dia sgt ketara.. buktinya cuba try baju yg xmuat sblm ni.. confirm leh pakai balik.. if x muat jugak maknanya ada 'cheating' ler tu atau pemakanan tak ikut yg disuggestkan..
Banyakkan sayur, protein, cheese
(as shown above)


Mengenal DIET cara ATKINS

Bermacam-macam jenis diet yang kita boleh ikuti untuk control dan lemak2 dibadan kita..

So far, ramai yang berjaya menurunkan berat badan selepas menggunakan diet ATKINS ni. Diet ni agak mudah sebenarnya (if boleh tahan nafsu.. hahahhaha..). Lemak akan mudah terbakar apabila kita mengawal pengambilan karbohidrat kita. karbohidrat yang berlebihan akan disimpan menjadi gula. that is why Malaysia antara ranking tertinggi dimana rakyatnya menghidap diabetes. Possibility untuk saya dpt pnyakit diabetes adalah tinggi coz ibu saya penghidap kencing manis kronik. Ibu saya dh xde dua-dua kakinya disebabkan penyakit ni.. sob sob.. (-_-') ok.. kita teruskan lagi..

Kesan dari pengambilan diet ni:-
(1) Kita akan melihat hasil dengan cepat. Walaupun selepas hanya beberapa hari, pakaian kita akan muat untuk baju2 yg kita xmuat selama ni.

(2) Kita tidak akan berlapar. Malah, kita boleh makan setiap dua hingga tiga jam (tp cuma amik sayur2an jela..)

(3) If x bersenam pun, berat badan akan turun tp klu bersenam itu advantage kita untuk turunkan berat badan lebih lg. senaman goyang2 punggung pun boley jugak.. hehe.. itu kira senaman jugak ape? huhu

Info detail saya sertakan dibawah.. penat nk menaip.. hehe

Monday, April 14, 2014

1st day with ATKINS

Hari ini merupakan hari pertama saya mengamalkan diet ATKINS. Ia merupakan satu diet yang melarang sama skali utk mengambil mknan berkarbohidrat. Kira FREE CARBO ler... mknan karbohidrat ni mcm nasi, mee,meehoon, kueyteow, sbrg jenis tepung (gandum, beras, jagung, atta dan yang seangkatan dengannya). roti, biskut dan buah2an pun langsung xleh mkn. tp itu cuma smpi kita dpt capai berat bdan yg kita nk je. Lpas dh capai target, just amalkan diet yg seimbang. klu nk tau lebih detail pasal diet ATKINS ni, sila klik SINI.

 Menu breakfast saya td telur+olive oil+daging cincang n hotdog serta sayur sawi goreng. Harini saya lupa bawa tepon, so xdpt nk snap gmbr.

Tengaharinya pula saya ke kenny rogers which is one of my favorite meal. Saya amik 1/4 ayam je coz sayur xde stock.. huk huk.. sedih btul..

ini pula diner saya.. simple je.. jgn terpedaya.. ni suma abah saya yg masak.. saya tukang tapau je.. hahaha.. Bertuah punya budak!! Ayah saya tukang masak yg terbaik.. paling saya suka sup tulang dan kari kepala ikan dia buat.. mantop!!!! slurppp! tetiba terliur plak.. hahahhahaha..



(Sup Cendawan+ball, Pari masak asam pedas & free-oil hotdog)

Tuesday, April 8, 2014

Baby Bullet (Updated) -no image

Baby Bullet ni saya dh beli dan ia sangat friendly.. Saya beli dgn harga RM120.00. Baru2 ni dlm groupon & bigsale Malaysia, harganya dh turun sehingga RM99.00 shj!!!! tp skrg dh xde sale saya tgok.. huhu.. melepas!!!! nnti la saya tangkap gmbr baby bullet saya tu.. klu saya rajin la kan? keh keh keh..

Masalah Allergic Irdina

Since last Thursday kulit irdina naik ruam-ruam gatal.. Jumaat pagi tu saya bawa dia ke Klinik Kesihatan Taman Medan. Doctor said it was an allergy.. kesian irdina semalaman menggaru2.. Doktor xsuggest ubat coz irdina baru 10 months.. takut ada side effect pd dia.. she just gave calamine cream utk sapu seluruh badan.

Then, sabtu tu ruam2 masih xsurut.. malah makin naik lg.. so saya bawa lg irdina pukul 8.00am tu. (klinik kesihatan dh mulakan operasi pd hari sabtu) jumpa doktor dan doktor cakap perkara yg sama.. no drugs & medication for irdina.. ok.. saya patuh.. kali ni mereka beri calamine losyen pula.. sapu punya sapu, still x surut.. irdina sgt xselesa ngn keadaan dia.. saya buntu..

Last2 pd Sabtu sebelah malam tu, saya ke Hospital Assunta coz irdina langsung xleh nk tido & ruam2 tu dh mula membengkak.. saya jadi takut.. klu pegi PPUM (dulu dikenali sbg Hospital Universiti), lpas 3 jam register, baru boleh jumpa doktor.. so saya prefer private lg.. doktor beri injection in minimal dosage.. Merah2 tu dh surut..

Smlm (Monday) saya pergi Assunta Hospital lg skali utk jmpa pakar kanak2, Dr. Lim Suan Tin (Doktor ni saya pernah bawa jumpa masa Iffah sakit dulu).. Saya tanya berkenaan ubat utk baby bawah 1 tahun. saya tnya is it safe for babies? any side effect in the future? She said it is ok for a not long time usage.. So just amik utk 3 days je.. lpas tu jangan bagi ubat tu.. ok.. so hari ni (selasa) badan2 irdina xde merah2 lg.. arini last bg makan ubat utk irdina.. harap2 lepas ni ok.. xde merah2 dh.. Cian anak ibu nie :-(
Malam Sabtu masa ni tgah tunggu doktor

Saya xbg ubat even doktor suruh bg.. Saya pergi dptkan pengesahan Pakar Kanak2 dulu..

Close up!!
Tunggu ubat

Bill.. Quite ok harga dia.. RM 59.75 only (pakar + medication)
Suka sgt tu..
yeyyy.. saya dh sihat..